DEV Community

Cover image for Macam mana nak mula dengan React?
Atif Aiman
Atif Aiman

Posted on

Macam mana nak mula dengan React?

Assalamualaikum dan Hello!

Apa khabar? Harap korang sentiasa dalam keadaan sihat 😁. So, korang baca artikel ni sebab nak tahu macam mana nak mula belajar React? Bagus, bagus! Maknanya korang memang nak tahu dari mana korang nak mulakan untuk belajar React.

Sebelum kita teruskan, saya nak minta maaf la kalau menggunakan kata ganti diri "korang", harap korang okay, dan terus membaca, dan luaskan kosa kata korang dalam bidang sains komputer ni 👍.


Sebelum kita mulakan

Saya nak tahu, korang cari cara belajar ni, korang lebih ke arah kursus pendek (crash course), atau lebih kepada pembelajaran tempoh sederhana dan lebih tenang? Ye lah, masing-masing ada motivasi dan keperluan masing-masing. Mungkin, ada yang tengah membaca ni, sebab keperlukan syarikat terkini, atau mungkin untuk menyertai hackathon, siapa tahu?

Tapi, saya akan cuba bagi beberapa sumber yang ada, dengan hanya berbekalkan internet dan semangat diri, serta komitmen yang berterus, biarpun selepas belajar asas React! Okay, jom kita teruskan!


Pembelajaran kendiri

Pembelajaran kendiri tu, maksudnya sumber semuanya telah diberikan besertakan garis panduan, maka bergantung kepada korang untuk menghadam kandungan. Kebiasaanya, kursus seperti ini sesuai untuk orang yang mempunyai kemahiran deduksi yang baik, dan mampu mengikut dengan pemantauan yang minimal. Kalau korang mempunyai ciri seperti yang disebutkan, mungkin ini adalah sumber yang sesuai untuk korang!

Codecademy

Logo CodeCademy

Dalam Codecademy, ada banyak kursus yang ditawarkan, antaranya Python, Java dan lain-lain (boleh tengok dalam catalog).

Cuma, saya sebagai alumnus Codecademy yang bangga, saya boleh katakan Codecademy adalah sumber yang sangat baik! Penyusunan kursus yang sangat baik, bahan belajar yang mencukupi, bermula dengan platform mereka, sehingga membuat persiapan menggunakan komputer sendiri.

Dalam Codecademy ada dua pilihan:

  1. Belajar secara percuma dengan mengambil satu kursus sahaja, misalnya kursus Learn React. Dengan syarat, korang perlu pastikan korang dah selesa dengan Javascript (boleh lihat pada Note on Prerequisites). Jangan risau, sebab kursus Javascript asas pun ada!

  2. Melanggan Coursera Pro, dengan hanya 19.99 USD sebulan (80+ MYR). Kalau menggunakan ID Pelajar, anda boleh melanggan serendah 149.99 USD setahun (~12.50 USD = ~50 MYR). Bagusnya Coursera Pro? Korang akan diberikan Lintasan (Path), dan belajar dari asas Javascript, sehingga siaga kerja (job-ready). Mantap kan?

FreeCodeCamp

Logo FreeCodeCamp

Satu inisiatif oleh suatu kumpulan di Amerika Syarikat, membuat kursus beserta panduan lengkap dan sijil, dan segalanya percuma!

Perkara yang korang perlu buat hanyalah belajar sehingga habis, dari asas sehingga siaga kerja. Pendekatan FreeCodeCamp lebih kurang dengan Codecademy, korang yang suka belajar kendiri pun sesuai kalau nak menggunakan Codecademy!


Panduan Video

Penggunaan video adalah antara kaedah pengajaran yang efektif, di mana tenaga pengajar boleh mengajar satu kaedah dalam satu masa (bergantung kepada pendekatan pengajar). Pengajar juga boleh mengajar secara interaktif supaya pengalaman belajar boleh dioptimumkan.

Kebiasaanya, panduan video boleh dibahagikan kepada dua, iaitu secara siaran langsung, atau siaran biasa, dan kemudian disusunkan kepada panduan kursus. Kebiasaannya, pengajar menggunakan Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System - LMS) dan seterusnya membentuk satu platform yang dipanggil sebagai Kursus Atas Talian Terbuka Massa (Massive Open Online Courses- MOOC).

Coursera

Logo Coursera

Coursera adalah platform MOOC, di mana institusi termuka antaranya University of Michigan, Hong Kong University of Science and Technology, dan universiti lain, beserta beberapa syarikat gergasi antaranya Google, IBM, Facebook, menawarkan kursus dan sijil. Bukan itu sahaja, korang juga boleh memperoleh ijazah! Terdapat beberapa kursus berbayar dan juga beberapa kursus percuma untuk diambil.

Kategori yang tersedia antaranya kursus, pengkhususan, sijil profesional, projek berpandu. Korang boleh mula belajar React di Coursera!

Udemy

Logo Udemy

Berbeza dengan Coursera, kursus ditawarkan oleh pengajar bebas. Sebuah MOOC yang mempunyai jutaan kandungan dan pengajar, korang mempunyai banyak pilihan untuk dipilih. Kursus untuk React sahaja mempunyai hampir 5000 penyenaraian di Udemy! Korang boleh mula belajar React di Udemy!.

Terdapat beberapa laman lain yang juga menawarkan MOOC juga!


Pembelajaran Interaktif Penuh

Beberapa pengaturcara React profesional merasakan pembelajaran React perlu lebih bersifat amali, dan pemantauan berterusan sehingga menguasai React dengan cekap. Oleh itu, mereka membuat kursus dan laman sesawang sendiri. Kursus seperti ini mengoptimumkan sepenuhnya pembelajaran React supaya pelajar berjaya menguasai kesemua konsep dalam React. Kebiasaanya, kursus seperti ini sangat mahal, tetapi hasil pembelajaran amat mantap, sehingga anda mampu menjadi profesional dalam masa singkat. Tidak lupa juga, sistem sokongan yang menyeluruh!

Code With Mosh

Logo Code With Mosh

Moshfegh Hamedani @hamedanimosh ialah seorang jurutera perisian pragmatik, khususnya dalam pembangunan aplikasi web [1]. Secara personal, saya pernah mengambil salah satu kursus beliau ketika promosi, dan saya teramat berpuas hati. Kursus beliau bukan sahaja mengajar saya berkaitan Redux, malah mengajar pengurusan direktori dalam projek secara tidak langsung.

Epic React

Logo Epic React

Dihasilkan oleh Kent C. Dodds @kentcdodds, seorang jurutera, dan kini pengajar sepenuh masa, kursus beliau sebenarnya memfokuskan untuk melahirkan seorang pengaturcara React yang sangat mahir, dan sesuai untuk bekerja dalam kumpulan.

Wes Bos

Wes Bos @wesbos, seorang pembangun web yang juga terkenal dengan kandungan kursus beliau. Kursusnya yang menarik, penyampaian yang menarik, dan mungkin korang akan tertarik dengan karakter beliau!


Tidak Lupa Juga...

Terdapat beberapa laman sesawang lain yang juga menawarkan kursus React. Korang boleh pergi ke pautan berikut:

Korang dah sedia nak belajar React? Tak perlu tunggu lagi, korang pilih mana-mana yang sesuai dengan pendekatan korang, antara percuma dan berbayar, dan juga sama ada korang lagi berkenan dengan kursus pendek, atau yang lebih selesa, mengikut kadar swamampu (self-paced) korang.

Bukan itu sahaja! Korang boleh ikuti artikel saya (alamak, shameless plug) untuk ikuti kandungan saya berkaitan React, dan juga membincangkan konsep-konsep yang ada dalam React dan Javascript!

Okay. Sekadar itu sahaja. Wassalam.

Oldest comments (0)