DEV Community

Muhamad Sulaiman
Muhamad Sulaiman

Posted on • Updated on

[BM] Bagaimana untuk menikmati kenaikkan gaji bagi seorang Web Developer

Assalamualaikum dan Hai semua. Seperti yang saya janjikan pada posting di Facebook, saya akan kongsikan kepada kalian bagaimana saya 'Hack' diri sendiri untuk mendapatkan kenaikan gaji setiap tahun bersama 3 syarikat yang saya bekerja.

Anda boleh rujuk posting saya disini : Facebook Sulaiman


Penafian : Hasil (Result) mungkin berbeza. Kena faham sangat konsep REZEKI. Ini adalah ikhtiar sahaja. Yang menentukan segala-galanya adalah yang maha Esa.

Berbalik pada tajuk yang dikarang, bagaimana anda boleh menerima kenaikkan gaji setiap tahun sebagai seorang Web Developer.

Web Developer yang dimaksudkan dalam posting ini termasuklah App Developer, Software Engineer, Data Scientist, dan yang melibatkan Coding.

Apa yang saya kongsikan ini adalah semata-mata berdasarkan pengalaman saya. Dengan tips ini, saya menerima kenaikkan gaji dari 2 syarikat dan 1 syarikat lagi saya tak naik gaji tetapi mendapat skop kerja yang lebih terperinci.

2 syarikat yang saya menerima kenaikkan gaji ini pula, syarikat pertama saya menerima kenaikkan 12%. Manakala syarikat kedua saya menerima dua kali kenaikkan gaji dengan kadar 28% dan 43%.


Kenapa anda perlu buat perkara ini?

Pertama adalah kerana Manager, Higher management syarikat anda tidak tahu apa yang anda inginkan dalam kerjaya. Terkadang apa yang anda buat pun mereka tak ingat.

Yang mereka ingat adalah anda boleh buat atau tidak. Itu saja.

Dan kita sebagai pekerja, tidak boleh salahkan mereka kerana mereka sudah ada banyak tugasan mereka sendiri.

Kedua, anda bertanggungjawab sepenuhnya tentang kerjaya anda. Bukan orang lain.

Ketiga, syarikat perlukan sebab-musabab kenapa perlu menaikkan gaji anda. Jadi anda perlu tunjukkan Value (nilai) yang ada pada diri anda.


Apa yang anda perlu laksanakan untuk membolehkan anda menerima kenaikkan gaji?

Pertama. Matlamat

Anda perlu tetapkan matlamat yang jelas dalam hala tuju kerjaya anda. Anda kena jelas apa yang anda nak capai. Jika anda nak jadi CTO atau gaji RM100K / bulan, bila anda nak perkara tu terjadi?

Kemudian, anda pecahkan kepada perkara yang kecil apa yang anda perlu buat demi mencapai matlamat yang utama itu tadi.

Sebagai contoh, saya mahu menjadi seorang CTO (Chief Technology Officer) dengan gaji sebanyak RM30K sebulan pada tahun 2030. Untuk menjadi seorang CTO, saya mesti kena faham perkara yang berkait dengan Teknologi. Jadi setiap tahun, saya kena fokus apa yang saya nak belajar, faham dan amalkan.

Sekarang saya berada di tahun 2023, jadi pada tahun ini apa yang saya perlu lakukan. Tahun hadapan apa? 2 tahun hadapan? Dan seterusnya.

Untuk memudahkan anda menentukan matlamat ni, anda boleh Google apa itu Vision Board.

Image description


Kedua. Bertindak.

Perbezaan antara orang yang gagal dan orang yang berjaya adalah, orang berjaya dia bertindak selepas dia buat perancangan.

Jadi anda perlu bertindak selepas anda melaksanakan Langkah pertama. Anda tahu untuk menjadi seorang Senior Front-end Developer, anda wajib untuk tahu salah satu Libraries/Frameworks JS diluar sana. Maka anda terus bertindak dengan belajar atau buat projek yang akan mendekatkan diri anda dekat matlamat yang hendak dicapai.

** Projek disini boleh jadi projek bersama syarikat atau projek tepi. Jika saya, saya akan buat projeck tepi yang ada kaitan dengan syarikat. Pada langkah ke-empat saya akan perincikan.

Langkah ini wajib selaras dengan langkah pertama. Kena align.


Ketiga. Track & Record

Selepas anda bersungguh-sungguh untuk laksanakan langkah kedua, anda wajib Track & Record supaya anda tahu anda tidak lari dari landasan yang anda telah bina.

Gunakan platform yang boleh anda track & record. Contohnya saya ingin menjadi seorang WordPress Specialist. Jadi saya perlu mahir dalam JavaScript, PHP & SQL (Kerana dengan tiga ini, saya boleh buat pelbagai perkara dengan WordPress).

Jadi saya track & record segala Customization, Plugins, Themes yang telah saya buat.


Keempat. Show. Don't tell.

Ini adalah masanya untuk anda buktikan bahawasanya, anda adalah asset kepada syarikat. Anda ada value yang boleh membantu syarikat menjana kekayaan.

Dalam ketiga-tiga syarikat yang saya sertai. Saya adalah orang pertama yang melaksanakan perkara ini. Saya ada manager, saya ada director. Saya tempah masa mereka 1 - 2 bulan awal untuk mereka luangkan masa untuk saya bentangkan Track & Record saya.

Setiap tahun saya akan book pada hujung Disember kerana pada waktu ini kerana pada saya, ini masa yang sesuai sebelum masuk ke tahun baru. Dan sinonim dengan Masuk tahun baru dengan Azam yang baru.

Pada sesi ini, anda wajib untuk bentangkan segala data yang anda buat semasa langkah ketiga yakni Track & Record.

Anda kena kongsikan data yang berjaya dan yang tidak berjaya. Anda kena buat satu Presentation dan bincangan secara terperinci apa yang telah anda laksanakan sepanjang 12 bulan anda bekerja.


Kelima. Kongsikan matlamat

Pada langkah ke-empat, anda jangan hanya sekadar beritahu tentang Track & Record anda. Tetapi yang paling penting, anda kena kongsi matlamat kerjaya anda.

Dari sini anda boleh tahu adakah Syarikat boleh berikan peluang untuk anda mencapai matlamat yang anda inginkan. Jika syarikat tidak boleh untuk menawarkan peluang untuk anda capai matlamat kerjaya. Tidak mengapa. Mungkin syarikat lain boleh.

Anda tak perlu kongsi Matlamat utama anda Seperti nak jadi CTO. tapi kongsi yang kecil sahaja. Sebagai contoh, Saya nak mahir dalam beberapa perkara pada tahun hadapan seperti API, Server, Cloud Storage dan lain-lain.


Nah.. Inilah perkara yang saya laksanakan dari dahulu sehingga sekarang. Setiap tahun. Apa yang saya belajar daripada semua ini adalah, syarikat nak lihat Nilai yang ada pada diri anda. Adakah Nilai itu berbaloi untuk mereka naikkan gaji anda? Atau naikkan pangkat anda?

Saya lihat ramai rakan-rakan Developer saya sekadar kerja. Sekadar harapkan gaji hujung bulan. Kalau tak cukup, mengeluh. Tapi apa tindakan pun tak diambil untuk memperbaiki hidup.

Saya pun dulu begitu. Selesa dengan tugasan. Tidak mahu keluar dari ruang selesa. Tidak mahu buat perkara baru seperti Coding untuk Front-end (sebab saya fokus ke Back-end). Tapi kalau bercerita tentang gaji, sibuk kata tak cukup.

Saya harap langkah ini anda dapat laksanakan demi mencapai apa yang anda inginkan dalam kerjaya. Nak jadi seorang Senior Developer pun, ada perjalannya (path). Apatah lagi nak capai Gaji RM30K sebulan. Tak gitu.

Saya kongsikan Google Slide yang saya buat semasa perbentangan saya dengan Syarikat saya bekerja sekarang.

** Saya buang nama syarikat, gambar syarikat dan nama klien.

Slide 1. Result - Kenaikkan gaji 28% :
Google Slide

Slide 2. Result - Kenaikkan gaji 43% :
Google Slide


Saya harap guideline ini bermanfaaat kepada rakan-rakan developer.

Sekiranya anda ada persoalan, bolehlah bertanya dibawah. Saya akan sedaya updaya untuk menjawab soalan anda.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Top comments (1)

Collapse
 
msulaimanmisri profile image
Muhamad Sulaiman

Update 2024 : Kenaikan gaji saya adalah sebanyak 16%. Turun sikit berbanding yang lepas sebab performance company. Alhamdulillah. Adalah juga kenaikan daripada takde langsung